Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meninjau beberapa sekolah di Miri baru - baru ini. Foto KPM.

Parlimen: KPM sedar wujud ruang sekolah bandar dengan sekolah luar bandar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) menyedari wujud ruang dalam pelbagai aspek membabitkan sekolah bandar dengan sekolah luar bandar.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPM komited untuk menambah baik aspek berkenaan.

Katanya, antara langkah diambil termasuklah pemantauan berterusan untuk memastikan jurang berkenaan dapat dikecilkan.

“Pada masa sama, kita akan memastikan guru – guru yang ditugaskan serta Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (dapat dilaksanakan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (Barisan Nasional – Tampin) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengurangkan jurang membabitkan sekolah bandar dengan luar bandar seperti digariskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Sementara itu, bagi memastikan murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi, Hui Ying berkata, KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah Program Pemulihan Khas.

Menerusi inisiatif berkenaan ujar beliau, guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada murid yang terjejas semasa pandemik COVID-19 dalam aspek penguasaan kemahiran asas 3M.

“Selain itu, KPM juga mengadakan Program Bantu Baca bagi semua murid sekolah rendah memperkukuhkan kemahiran membaca. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelatih Institut Pendidikan Guru yang menjalani latihan praktikum di sekolah, pelajar matrikulasi dan murid sekolah berasrama penuh dengan kerjasama komuniti setempat,” katanya.

Ketika menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (Perikatan Nasional – Mersing) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menilai semula tahap penguasaan akedemik murid sekolah rendah khususnya di kawasan luar bandar selepas pandemik COVID-19, Hui Ying berkata, kementerian juga memugarkan semula pelaksanaan Program Bimbingan 3M (PROBIM).

“Ini bagi pelajar sekolah menengah (kelas peralihan hingga Tingkatan 5) supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum menamatkan persekolahan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan