Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan tema sambutan berkenaan iaitu 'Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI'. Foto TVS.

Parlimen: Kerajaan teruskan pengambilan guru secara ‘one off’

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk meneruskan pengambilan guru secara ‘one-off’ atau sekali untuk penempatan melalui kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP), Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, ini kerana masih terdapat kekosongan guru yang perlu diisi membabitkan opsyen mata pelajaran tertentu.

“Kita (KPM) akan laksanakan dengan tambahan beberapa langkah.

“(Ketika ini) dalam proses semakan dan cadangan serta akan diumumkan,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Perikatan Nasional – Indera Mahkota) yang ingin tahu kaedah berkenaan yang diperkenalkan pada tahun lepas bertujuan mengisi kekosongan guru akan diteruskan oleh kementerian.

Sementara itu, Hui Ying turut memberitahu, KPM telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 guru yang melibatkan sebanyak 148 bidang pengkhususan melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran sejak 2021 hingga Januari tahun ini.

Ujar beliau, pelaksanaan pengambilan itu merupakan strategi untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi khususnya melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah.

“KPM melaksanakan pengisian guru dari dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan