Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sam Laya pada perjumpaan bersama Persatuan Kebajikan Pesara Kerajaan Lun Bawang Zon Utara Sarawak di Lawas pada Sabtu. Foto ihsan: Petrus Abai

Keperluan dan kebajikan pesara kerajaan Lun Bawang dititikberatkan – Sam Laya

LAWAS, 27 Mac: Kerajaan memberi jaminan akan terus menitikberatkan aspek keperluan dan kebajikan pesara-pesara kerajaan Lun Bawang.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sam Laya berkata jasa dan khidmat mereka semasa dalam perkhimatan sentiasa dihargai kerajaan.

Malah katanya pesara-pesara kerajaan Lun Bawang turut banyak membantu dalam menjayakan dasar dan program pembangunan selain mewujudkan keharmonian kaum dalam kalangan kaum itu sendiri.

“Kita (kerajaan) bersama Pengerusi Persatuan Persatuan Kebajikan Pesara Kerajaan Lun Bawang Zon Utara Sarawak, Petrus Abai optimistik bahawa khidmat mereka masih diperlukan dan dihargai bagi meneruskan aspirasi kerajaan, khusus dalam pembangunan kemanusian,” katanya

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan ahli -ahli Persatuan Kebajikan Pesara Kerajaan Lun Bawang Zon Utara Sarawak di sini pada Sabtu.

Jelasnya walaupun kebanyakan ahli persatuan itu sudah berumur dan kurang cergas dari segi fizikal, beliau optimis pengalaman mereka serta ilmu diperolehi semasa dalam perkhidmatan banyak menyumbang untuk pembangunan negara, negeri dan kawasan masing-masing.

“Khidmat dan pengalaman yang mereka ada dari jabatan dan agensi yang berlainan sangat berharga dan berguna sekali gus membantu merealisasikan visi dan misi Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujarnya lagi.

Perjumpaan berkenaan katanya akan diteruskan pada masa akan datang dalam menyantuni kebajikan mereka, selain pelbagai aspek lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan