Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian disedari orang ramai dan pemilik kedai apabila terlihat asap keluar dari kedai elektronik itu. Foto: JBPM Sarawak

Kedai elektronik musnah dalam kebakaran

MIRI, 27 Mac: Sebuah kedai elektronik di dalam bangunan kedai tiga tingkat di Medan Saberkas di Jalan Utama di sini musnah dalam satu kebakaran pada malam Ahad.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, kebakaran disedari orang ramai dan pemilik kedai melaporkan asap didapati keluar dari tingkat satu bangunan tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan berkata, dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan BBP Lopeng dengan kekuatan seramai 20 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kedai elektronik yang terletak di tingkat satu bangunan berkenaan.

“Kebakaran telah mengakibatkan premis kedai berkenaan musnah 90 peratus,” katanya.

Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.21 malam.

Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Punca sebenar kejadian dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan