Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba mengeluarkan kaki mangsa selepas bertindak memecah simen tandas. Foto: BBP Tanjung Manis

Kaki kanak-kanak tersepit pada lubang saluran air

TANJUNG MANIS, 27 Mac: Kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki selepas kakinya tersepit dalam saluran lubang saluran air dalam tandas sebuah rumah pekerja di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Awang Busrah Awang Mostapha berkata, insiden kira-kira pada 6 pagi itu disedari oleh ibu kanak-kanak berusia setahun itu sebelum cuba bertindak menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, dia tidak berjaya dan akhirnya terpaksa menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Bomba Tanjung Manis menerima panggilan kejadian ini pada jam 8.13 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebagai langkah susulan, bomba terpaksa bertindak memecah lantai dan paip menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kaki mangsa.

“Operasi yang berakhir pada 9.55 pagi dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan kaki mangsa tidak cedera,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan