Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laluan yang terlibat adalah bulatan Intan dari Kuching menuju ke Samarahan, Samarahan menuju ke Batu 15, Batu 15 menuju ke Samarahan, Samarahan ke Jalan Mohd Musa dan Jalan Mohd Musa menuju ke Samarahan. Foto: JKR Sarawak

Jalan Kuching-Samarahan Expressway ditutup sementara sehingga 14 Mei

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 27 Mac: Beberapa laluan di sepanjang Jalan Kuching-Samarahan Expressway akan ditutup sementara mulai hari ini sehingga 14 Mei ini bermula pukul 9 pagi sehingga 4 petang dan 9 malam sehingga 4 pagi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataan hari ini berkata, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya.

Notis penutupan jalan sementara untuk kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya Kuching-Samarahan Expressway. Foto: JKR Sarawak

Jalan raya yang terlibat adalah bulatan Intan dari Kuching menuju ke Samarahan, Samarahan menuju ke Batu 15, Batu 15 menuju ke Samarahan, Samarahan ke Jalan Mohd Musa dan Jalan Mohd Musa menuju ke Samarahan.

“Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu di kesemua laluan berkenaan semasa tempoh kerja-kerja pembaikan.

“Patuhi segala garis panduan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Pejabat JKR Wilayah Selatan di talian (082-203 096) pada waktu pejabat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan