Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CEO Craun Research Sdn Bhd, Zaidell Husaini ketika ditemubual di Wisma Bapa Malaysia. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Inovasi sisa sagu jadi bahan api

ByYusuf Shukri

KUCHING, 27 Mac: Syarikat tempatan, Craun Research Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan teknologi yang boleh mengitar semula sisa sagu menjadi bahan bio tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Zaidell Husaini berkata, tenaga boleh diperbaharui ini mempunyai potensi besar untuk diaplikasikan dalam pelbagai industri.

Menurutnya, antaranya membekalkan gas asli secara langsung kepada kediaman di seluruh Sarawak.

“Untuk permulaan, projek ini sedang diusahakan untuk gas asli disalurkan kepada kediaman di Kampung Teh dan Kampung Tabor di Mukah.

“Ia akan dijalankan dalam tahun ini dan Insya – Allah akan siap dalam hujung tahun hadapan,” kata Zaidell dalam satu temubual selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Tambahnya lagi, idea projek itu telah dicadangkan oleh Abang Johari sendiri pada 2019 dan kejayaannya diharap akan dapat membuka ruang inovasi lain untuk dilakukan daripada sisa agrikultur yang berbeza seperti kelapa sawit.

“Untuk menyalurkan gas asli secara langsung daripada sisa sagu mungkin agak sukar kerana kebanyakan kilang sagu hanya terletak di Mukah.

“Akan tetapi, teknologi ini boleh digunakan ke atas tanaman yang lain dan untuk menyampaikan kepada rakyat adalah bergantung dengan kuasa kerajaan,” kata Zaidell. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan