Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dara Kenyalang Episod 7 menyaksikan para peserta melaksanakan cabaran keusahawanan. Foto: Dara Kenyalang

Dara Kenyalang: Siapa peserta yang tersingkir pada Episod 7?

ByTVS

KUCHING, 27 Mac: Emmyissa yang memperoleh markah terendah menerusi Episod 7, Dara Kenyalang semalam terpaksa akur apabila gagal meneruskan saingan ke episod seterusnya.

Menerusi episod itu, para peserta dikehendaki menyempurnakan tugasan keempat iaitu cabaran keusahawanan yang memerlukan setiap kumpulan dan peserta perlu membuat video iklan selama 40 saat bagi tiga produk Nang Ori yang berbeza.

Kumpulan pertama terdiri daripada Desheila, Lofrenska dan Emmyissa, kumpulan kedua terdiri daripada Clera, Steffy, Alicia, dan Amanda dan kumpulan ketiga terdiri daripada Priscilla, Monica, Dearie dan Tonnia.

Kumpulan ketiga muncul sebagai pemenang bagi cabaran keusahawanan dan mendapat imuniti dari penyingkiran.

Tiga peserta terendah bagi Episod 7 ialah Alicia, Amanda dan Emmyissa.

Adakah akan berlaku sekali lagi penyingkiran atau sebaliknya pada Episod 8? Jom kita sama-sama nantikan pada minggu hadapan.

Episod 7 dihadiri pengasas produk Nang Ori, Awaeang Kwasin yang juga berperanan sebagai mentor. Juri tetap iaitu Angela Martin dan Wendy Earnest turut hadir.

Tema ‘runway catwalk’ bagi Episod 7 ialah ‘Brand Ambassador Tanoti Songket’ daripada koleksi busana Tanoti House.

Program realiti ini tidak hanya menekankan pada penampilan tetapi juga kebolehan dan keunikan personaliti diri.

Platform ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat baharu ke arah memeriahkan industri hiburan tetapijuga memperkenalkan Sarawak ke pentas dunia.

Agaknya, siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?

Jangan lupa saksikan Dara Kenyalang setiap Ahad pada 3 petang dan siaran ulangan setiap Rabu, 2 petang dan setiap Jumaat, 8.45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari lama sesawang kami di www.tvstv.my

Tonton siaran ulangan setiap episod Dara Kenyalang di Dara Kenyalang Episodic. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan