Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana di Bazar Ramadan Meditel Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini. Foto TVS

Bazar Ramadan Meditel bantu mudahkan beli juadah puasa

KUCHING, 27 Mac: Bazar Ramadan Meditel Hospital Umum Sarawak (HUS) memudahkan kakitangan hospital dan orang awam untuk membeli juadah berbuka puasa.

Bazar tersebut dianjurkan HUS dengan kerjasama Meditel, Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital (PEKAHUS) serta Persatuan Kebajikan Perubatan (PERKIP) Jabatan Kesihatan Cawangan HUS.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HUS, Dr Norhayati Ja’afar yang mewakili Pengarah HUS berkata, bazar itu memudahkan pekerja HUS yang beragama Islam dan bukan Islam untuk membeli juadah makanan di gerai berhampiran hospital.

Timbalan Pengarah Perubatan 1, Dr Norhayati Ja’afar merasmikan Bazar Ramadan Meditel Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini. Foto TVS.

“Orang ramai juga dijemput datang ke Bazar Ramadan ini. Kita semua masih perlu memakai pelitup muka kerana ini merupakan kawasan hospital dan sentiasa menjaga kesihatan serta kebersihan tangan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Bazar Ramadan Meditel Hospital Umum Sarawak hari ini.

Sementara itu, Pengurus Meditel, Mohd Farid Roslan memberitahu penganjuran Bazar Ramadan itu secara tidak langsung membantu dan membuka peluang kepada peniaga dan menarik orang awam dan kakitangan hospital untuk datang membeli juadah berbuka puasa.

“Alhamdulillah, tahun 2023 ini pihak Meditel berjaya bekerjasama dengan HUS untuk menjalankan program Bazar Ramadan. Jadi Bazar Ramadan tahun ini, kita berjaya membantu peniaga tempatan untuk berniaga di kawasan Meditel.

“Matlamat kita adalah untuk mengalakkan lagi penglibatan orang awam dalam program yang dikendalikan oleh Meditel dan pihak hospital. Alhamdulillah tahun ini saya tengok berjalan lancar dan mampu menarik perhatian orang luar untuk datang ke sini. Tahun ini merupakan tahun kedua program Bazar Ramadan di Meditel. Kita bermula pada tahun 2022 iaitu selepas berakhirnya pandemik COVID-19,” katanya.

Seramai 44 pengusaha makanan dan minuman terlibat di Bazar Ramadan Meditel yang bermula pada 23 Mac sehingga 21 April di tapak Bazar Ramadan Meditel HUS.

Hadir sama pada majlis itu ialah  Timbalan Pengarah (Pengurusan) Dr Wan Samsulri Wan Hasbi.

Pada majis itu Dr Norhayati Ja’afar turut melakukan lawatan ke tapak gerai dan penyerahan apron kepada peniaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan