Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PPS Dewan Serbaguna JKKK Ngungun yang menempatkan mangsa banjir di Kanowit. Foto: Angkatan Pertahanan Awam

Banjir di Kanowit, 77 mangsa masih di PPS

SIBU, 27 Mac: Seramai 77 orang daripada 31 keluarga dari rumah panjang di Kanowit dekat sini yang terjejas banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun pagi ini.

Jumlah itu telah menurun daripada 91 orang semasa pusat itu dibuka pada 1.30 tengah hari semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, mereka yang terjejas terdiri daripada penduduk Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat yang ketiga-tiganya terletak di tepian Sungai Ngemah.

Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

Pada masa ini trend air adalah menurun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan