Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 4 | Resipi Nasi Arab Mandy Ayam dan Sambal Tempe Ikan Bilis

ByTVS

Aroma Sungkei Episod 4 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Ahad (26 Mac).

Dua masakan yang dipertontonkan ialah Nasi Arab Mandy Ayam dan Sambal Tempe Ikan Bilis. Ingin cuba menyediakan dua hidangan ini? Nah, kami kongsikan resipi. Selamat berbuka puasa!

Nasi Arab Mandy Ayam

Bahan-bahan:

2 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar lada hitam

1 sudu kecil bunga cengkih

8 biji buah pelaga

1 batang kayu manis

2 helai daun salam kering

 

Bahan-bahan untuk nasi mandy:

2 cawan beras basmathi air secukupnya untuk rendam

3-4 sudu besar minyak sapi

½ biji bawang holland

5-6 ulas bawang putih

3 tangkai cili hijau

1 – 1 ½ sudu besar rempah mandi

6 cawan stok rebusan ayam

1 genggam kecil kismis hitam

Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk rebusan ayam:

2-3 sudu besar minyak masak

2 helai daun salam

1 batang kayu manis

2 sudu kecil lada hitam

½ biji bawang holland

10 cawan air

1 kiub ayam

1 ekor ayam

1 sudu besar rempah mandy

Bahan-bahan untuk sapuan ayam:

2 sudu besar minyak zaitun

1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili

Sedikit pewarna kuning

1 sudu besar jus lemon

½ sudu besar rempah mandi

 

Cara memasak:

  1. 1. Sangai sehingga naik bau bahan kering: biji ketumbar,jintan hitam, lada hitam, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih & daun salam
  2. 2. Kisar bahan kering yang telah disangai
  3. 3. Rendam beras basmathi
  4. 4. Tumis bawang holland dimayang halus
  5. 5. Letakkan 2 helai daun salam
  6. 6. Letakkan air dan masukkan ayam untuk direbus
  7. 7. Masukkan sekali rempah yang sudah dikisar
  8. 8. Ketepikan ayam yang sudah dimasak
  9. 9. Simpan air rebusan ayam
  10. 10. Masukkan 2 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk kecil
  11. 11. 1 sudu kecil serbuk paprika
  12. 12. 3 titis pewarna makanan
  13. 13. 2 sudu jus lemon 1/2 sudu rempah mandy yang dikisar
  14. 14. Sapu dipermukan ayam yang direbus
  15. 15. Masukkan 3 sudu minyak sapi dalam periuk
  16. 16. Bawang holland & putih yang dipotong dadu
  17. 17. Cili hijau yang dipotong
  18. 18. 1 sudu 1/2 rempah mandy
  19. 19. 4 cawan stok ayam
  20. 20. 1 genggam kismis hitam
  21. 21. 2 cawan beras basmathi
  22. 22. Letakkan sedikit garam sebagai penampah perasa
  23. 23. Tunggu sehingga masak & siap dihidang dengan ayam
  24. 24. Sedia dihidang

 

Sambal Tempe Ikan Bilis

Bahan-bahan:

100g pek tempe

1 mangkuk ikan bilis

1 ulas bawang putih

7 biji bawang merah

3 sudu besar cili kisar

2 sudu gula

Cara memasak:

  1. 1. Tumis bawang yang dicincang halus
  2. 2. Masukkan cili boh sehingga naik bau
  3. 3. Masukkan sedikit gula & masak dalam 3 minit
  4. 4. Masukkan tempe & ikan bilis yang sudah digoreng
  5. 5. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan