Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel (tengah) ketika mengadakan sidang media Asia Pacific Cybersecurity Conference 2023 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

APSEC 2023 tarik minat penyertaan dari negara luar

ByNazirah Adlina

KUCHING, 27 Mac: Persidangan Sekuriti Siber Rantau Asia (APSEC) 2023 akan memberi fokus kepada sekuriti siber yang berkaitan dengan ekonomi digital yang julung kali diadakan berpotensi meletakkan Sarawak di peta dunia.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel berkata, persidangan itu sudahpun menarik minat beberapa negara luar untuk turut serta.

“Apa yang unik mengenai persidangan ini adalah kita jangka untuk menerima penglibatan daripada negara-negara serantau termasuk Filipina, Cambodia, Singapura, Indonesia dan dari negara timur tengah.

“Saya turut menerima e-mel yang mengatakan mungkin Eropah akan datang bersama untuk turut serta,” katanya pada sidang media “Asia Pacific Cybersecurity Conference 2023” di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat SAINS, Dan Fadalini Sukia, serta Ketua Pegawai Eksekutif Cyber8Lab, Daisy Sinclair.

Beliau berkata, setakat ini pihak penganjur sudah menerima kira-kira 500 penyertaan untuk mengikuti persidangan itu.

“Sektor sekuriti siber merupakan antara fokus Kerajaan Sarawak yang berkaitan dengan ekonomi digital, melalui persidangan ini, banyak perkongsian ilmu boleh diperoleh bagi memantapkan lagi sektor itu di Sarawak.

“Sekuriti siber merupakan satu topik yang menarik dan juga antara fokus Kerajaan Sarawak. Kita komited untuk menambah baik ilmu pengetahuan dalam sektor ekonomi digital ini. Jadi untuk memastikan orang ramai ketahui (sektor ini) dengan lanjut, terutama sekali di Sarawak dan negara serantau, kita anjurkan persidangan ini,” jelasnya.

Persidangan dianjurkan selama 3 hari mulai 19 hingga 21 Mei depan bakal diadakan di Kuching, Sarawak, akan dilancarkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Persidangan ini bakal menghimpunkan golongan belia dan golongan profesional untuk berkongsi pengetahuan berkenaan trend terkini serta amalan terbaik dalam sektor sekuriti siber.

Ia juga akan memberi peluang untuk peserta menilai sejauh mana mereka bersedia untuk bertindak balas terhadap insiden keselamatan yang melibatkan dunia siber.

Untuk maklumat lanjut dan daftar penyertaan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi APSEC 2023 di www.apsec2023.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan