Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen semasa sidang media selepas mesyuarat dua hala di Istana Keamanan hari ini. Foto: Bernama

Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim

ByBernama

PHNOM PENH, 27 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji sikap rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Sen, yang telah sekian lama menunjukkan penghormatan tinggi terhadap komuniti Muslim di negara berkenaan.

Beliau berkata, di kala sentimen anti-Muslim dan Islamophobia tersebar luar di Eropah, Hun Sen sebaliknya mempamerkan penghormatan tinggi kepada komuniti Muslim di negara itu, walaupun ia merupakan kumpulan minoriti di negara berkenaan.

“Majlis perhimpunan (berbuka puasa) bagi kaum Muslim sempena bulan Ramadan di sini, amat menarik sekali. Walaupun kaum Muslim merupakan kumpulan minoriti di negara ini, namun di sini ada pemimpin yang berpandangan jauh, menghormati kaum lain, termasuk Muslim.

“Saya harap lebih banyak negara di dunia ini yang dibelenggu gejala perkauman agar dapat belajar mengenai rasa hormat sebagaimana yang ditunjukkan di Kemboja di bawah pentadbiran Hun Sen, mereka menunjukkan toleransi kepada kaum-kaum lain,” katanya semasa berucap di majlis Iftar Makan Malam yang dihoskan oleh Hun Sen di Chroy Changvar International Convention and Exhibition Centre (CCIC) di sini.

Semasa Iftar (berbuka puasa) Anwar turut menyampaikan sumbangan 1,000 naskah terjemahan al-Quran ke bahasa Khmer dan Inggeris, kepada komuniti Muslim di Kemboja.

Beliau turut menyampaikan biasiswa oleh Universiti Binary, Malaysia bernilai US$1.1 juta kepada 15 pelajar terpilih Kemboja untuk mengikuti kursus selama empat tahun.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mendoakan kejayaan Kemboja dalam menganjurkan temasya Sukan SEA 2023 Mei ini.

Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia untuk terus merapatkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lepas dan menghargai sikap tolerasi ditunjukkan Kemboja kepada semua kaum dan agama yang ada.

“Seperti saya sebut tadi, ini akan jadi contoh kepada negara lain yang benci kaum lain, agama lain dan golongan minoriti. Belajarlah dari  Kemboja yang menunjukkan agama adalah untuk toleransi dan kasih sayang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan