Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
St Joseph’s Private School memenangi tempat pertama bagi kategori sekolah menengah pada Konvensyen Inovasi dan Kejuruteraan Komuniti Sarawak pada Ahad. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Perkasa pendidikan STEM menerusi Program Inovasi Sains

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Mac: Sarawak Energy Berhad akan terus menyokong penganjuran program berteraskan Sains dan Inovasi dalam usaha memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad, Peing Tajang berkata, program seperti Konvensyen Inovasi dan Kejuruteraan Komuniti Sarawak menjadi platform bagi memperkasa pendidikan Sains diawal usia.

Pelajar Sekolah Laksamana bersama projek Sains mereka di Konvensyen Inovasi dan Kejuruteraan Komuniti Sarawak hari ini. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

“Program yang dianjurkan bersama The Learning Curve penting bagi melahirkan minat dan kesedaran tentang subjek STEM dalam kalangan anak-anak muda.

“Kami (Sarawak Energy) akan terus menyokong penganjuran program seperti ini yang membawa kepada kemajuan negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS di Konvensyen Inovasi dan Kejuruteraan Komuniti Sarawak di sini, hari ini.

Senada dengan Peing, Pengasas Bersama The Learning Curve, Kenneth Chai berhasrat untuk membantu para pelajar terutamanya dari kawasan luar bandar meminati mata pelajaran ini.

Menurutnya, program itu menyediakan alatan-alatan pembelajaran yang kondusif dalam membantu mereka memahami subjek-subjek STEM dengan lebih mudah.

“Berbeza dengan di bandar, sekolah-sekolah di kawasan luar bandar kurang mendapat pendedahan kepada bidang STEM. Mereka juga tidak mendapat akses kepada kemudahan pendidikan yang diperlukan kerana terlalu mahal,” katanya.

Kenneth menambah konvensyen itu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan para pelajar terus kekal aktif dalam bidang ini dengan menyediakan tugasan jangka masa panjang.

Konvensyen Inovasi dan Kejuruteraan Komuniti Sarawak dilaksanakan setiap enam bulan dengan memberikan bimbingan dan latihan berterusan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Antara sekolah yang mengambil bahagian termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tarat, SK St Theresa, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu 4 dan SJKC Chung Hua Batu 10. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan