Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan tinjauan Projek Transformasi Luar Bandar di Bukit Saban. Foto: MIPD Media

43 projek pembangunan berjumlah RM7.35 juta di kawasan Bukit Saban

ByMuqri Aziz

SPAOH, 26 Mac: Sebanyak 43 projek pembangunan untuk masyarakat yang menelan kos sebanyak RM7.35 juta di kawasan Bukit Saban telah pun berjalan sejak tiga tahun yang lepas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kini terdapat 30 projek pembangunan telah pun siap sepenuhnya dan 13 projek lagi masih di peringkat pelaksanaan.

“Agensi pelaksana yang melaksanakan projek pembangunan itu adalah Majlis Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Seperti apa yang kita amalkan sekarang, kita akan terus memantau secara rapi pelaksanaannya dan saya mahu mereka siap sepenuhnya mengikut jadual dengan kualiti yang diharapkan,” katanya selepas melakukan tinjauan Projek Transformasi Luar Bandar di kawasan Parlimen Bukit Saban di sini, hari ini.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak itu juga menasihatkan kepada kontraktor untuk sentiasa berbincang dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing jika menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk membantu mereka serta memberi situasi menang-menang bersama kerajaan dan rakyat Sarawak.

Pada masa sama, Uggah juga berpendapat jalan konkrit adalah pilihan terbaik kerana ia lebih tahan lama dan dapat bertahan dalam keadaan rupa bumi tertentu serta tidak memerlukan banyak penyelenggaraan terutamanya di jalan kampung dan rumah panjang.

“Ada beberapa jalan konkrit di kawasan saya di Bukit Saban dan saya mendapati jalan tersebut bertahan lebih lama berbanding dengan jalan bertar. Kini, beberapa jalan baharu mempunyai bentangan konkrit terutamanya di kawasan muka bumi yang curam.

“Saya akan berbincang dengan JKR mengenai pilihan jalan itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai daya maju dan praktikalnya di kawasan yang tidak rata di negeri ini,” ujarnya.

Turut hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan