Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dalam ucapannya sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Zon Tengah  dan Selatan, di Dewan Sa’athi, Kuching, malam tadi. Foto: Muhammad Raffiq (TVS)

SUPP boleh diterajui pemimpin wanita

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 25 Mac: Dalam meraikan kesaksamaan dan keterangkuman di Sarawak, peluang untuk memimpin sesebuah organisasi besar, perlu diberikan kepada golongan wanita.

Bagi terus membangunkan masyarakat di Sarawak, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Premier Sarawak, Dato’ Sri Dr.Sim Kui Hian berkata, setiap lapisan masyarakat perlu diberi peluang untuk menyerlah, malah beliau tidak menolak SUPP juga boleh diterajui oleh pemimpin wanita.

“Ahli-ahli wanita amat penting dalam landskap politik, dan ini dapat dicerminkan dalam peratusan sebanyak 50 peratus ahli SUPP, di seluruh Sarawak yang merangkumi kaum wanita, ataupun lebih dikenal sebagai ‘puteri-puteri’ kita.

“Saya percaya wanita mempunyai banyak kemampuan, oleh sebab itu, saya percaya, lebih golongan wanita akan memimpin Sarawak satu hari nanti. Sempena Hari Wanita Antarabangsa, dengan menghayati erti ekuiti, peluang sepatutnya diberi kepada golongan wanita dalam pelbagai sektor industri, teknikal dan profesional, malah saya juga berharap satu hari, Presiden SUPP adalah dari golongan wanita,” katanya sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan anjuran Zon Tengah dan Selatan SUPP di Dewan Sa’athi di sini, malam tadi.

Tambahnya lagi, untuk melihat kesaksamaan dipraktikan di negeri ini, hasrat untuk merealisasikan semangat pentadbiran dan masyarakat yang inklusif menjadi sebahagian daripada misi Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Untuk mencapai ke arah tuju ini, komuniti Sarawak perlu bersifat lebih inklusif untuk melahirkan masyarakat yang lebih makmur,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khere Chiang dan Ketua Pemuda SUPP Eric Tay Tze Kok. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan