Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn menyokong cadangan membina sebuah kasino di Sarawak namun perlu ada garis panduan. Foto: Connie Grace (TVS)

Pembukaan kasino di Sarawak perlu ada garis panduan

ByConnie Grace

KUCHING, 25 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn menyambut baik cadangan untuk membina sebuah kasino di negeri ini.

Bagaimanapun, Roland Sagah menegaskan, sekiranya cadangan itu menjadi realiti, operasi pematuhan serta garis panduan tertentu haruslah dipatuhi.

Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika sidang media selepas merasmikan Simposium Graduan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Persatuan Graduan Bidayuh (BGA) hari ini. Foto: Connie Grace (TVS)

“Sekiranya pusat kasino ini akan menjadi realiti, kita mesti mempunyai peraturan tertentu untuk mengawal perjudian di negeri ini.

“Mereka yang tidak tahu berjudi atau tidak dibenarkan berjudi, jangan berjudilah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Graduan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Persatuan Graduan Bidayuh (BGA) hari ini.

Beliau turut berpandangan dengan cadangan membina sebuah kasino itu mampu merancakkan lagi sektor ekonomi khususnya industri pelancongan.

“Mempunyai sebuah kasino adalah satu cara kita untuk menarik pelabur swasta dalam bidang ini untuk melabur di negeri kita sekali gus meransang ekonomi,” tambahnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan untuk membangunkan kawasan di Padawan menjadi Tanah Tinggi Genting kedua di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan