Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan sumbangan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak kepada penerima bertempat di perkarangan Majma Mall, di sini hari ini. Foto: TVS

Pelbagai program MIS dekati golongan mualaf sepanjang Ramadan

KUCHING, 25 Mac: Majlis Islam Sarawak giat menyantuni masyarakat terutama golongan mualaf menerusi penganjuran pelbagai program sepanjang Ramadan ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha, program seperti ceramah dan bantuan khas diadakan bagi mendekati mereka yang memerlukan.

Penyerahan sumbangan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak kepada penerima bertempat di perkarangan Majma Mall, di sini hari ini. Foto: TVS

Beliau menambah Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)  dan Jabatan Agama juga akan menyampaikan sumbangan di seluruh Sarawak untuk umat Islam terutama golongan mualaf.

“Bagi menyantuni umat Islam kita ada buat beberapa program, pertama ialah ramadan ceramah, kedua bantuan. Tadi kami telah menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk sara hidup dan juga tadi kita menyampaikan bantuan kepada yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan di dalam negeri.

“Untuk Jabatan Agama, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti HIKMAH dan sebagainya kita ada program Safari Ramadan. Saya selaku Timbalan Presiden HIKMAH dan Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussin selaku Presiden, kami berjalan di merata tempat untuk menyantuni mereka dengan bantuan daripada agensi-agensi lain. Insya-Allah setakat ini program dibuat mendapat sambutan amat menggalakkan dan dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Majma Raya Fest 2023 dan Penyerahan Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching pada Sabtu.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd Shibli Abg Mohg Nailie, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, dan Datin Jamilah Said.

Di samping itu, sejumlah RM38,380 telah diagihkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak kepada 30 penerima bantuan dibawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan