Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 2 | Resipi Mee Jawa dan Sambal Pusuk Sarawak

Aroma Sungkei Episod 2 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Jumaat (24 Mac).

Dua masakan yang dipertontonkan ialah Mee Jawa dan Sambal Pusuk Sarawak. Nak cuba hidangan ini? Kami kongsikan resipi menyediakan dua hidangan berkenaan. Selamat mencuba!

Mee Jawa

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning

1/2 cawan minyak

2 sudu besar serbuk kari daging

1 cawan air rebusan daging

3 ketul keledek rebus yang dikisar

1 ketul kiub daging atau ayam

2 sudu kecil garam

3 sudu kecil gula

20g cili giling

 

Bahan kisar:

6 biji bawang merah

5 biji bawang putih

2 batang serai, hiris nipis

2 cm halia

2 cm lengkuas

30g udang kering

 

Bahan hiasan (Garnish):

10g daging rebus hiris

1 biji telur rebus

10g taugeh celur

10g daun bawang hiris

10g daun sup hiris

10g bawang goreng

10g cili merah hiris

10g tauhu goreng

10g tauge rebus

 

Cara memasak:

  1. 1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  2. 2. Letakkan 1 cawan air dan masak sehingga mendidih.
  3. 3. Masukkan 1 cawan air rebusan daging
  4. 4. Masukkan satu ketul kiub daging atau ayam dan serbuk perasa
  5. 5. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan 2 sudu besar serbuk kari daging
  6. 6. Tunggu selama 3 minit dan masukkan ubi keledek rebus yang sudah dikisar.
  7. 7. Celur atau rendam mee kuning selama 30 saat dan boleh dihidang dengan bahan hiasan
  8. 8. Sedia dihidang.

Sambal Pusuk (Ikan Bilis) Sarawak

Bahan-bahan:

80g ikan bilis

8 tangkai cili padi merah

2 tangkai cili merah

6 biji limau kasturi

3cm belacan

Cara memasak:

  1. 1. Kisar cili, air limau kasturi, belacan & ikan bilis
  2. 2. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan