Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Misnu Taha ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Majma Raya Fest 2023 dan Penyerahan Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak di sini hari ini. Foto: TVS

Aplikasi Jejak Asnaf, plaftorm digital bantu mereka kurang berkemampuan

KUCHING, 25 Mac: Masih ramai tidak mengetahui kewujudan aplikasi Jejak Asnaf yang berfungsi sebagai platform bagi golongan asnaf mengemaskini maklumat mereka, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Diperkenalkan sejak 2017, Misnu memberitahu aplikasi berguna itu bertujuan untuk golongan sasaran berkenaan menghantar maklumat peribadi mereka kepada pihak berwajib.

Aplikasi Jejak Asnaf. Foto: App Store

Melihat kepada situasi semasa, beliau menyeru kepada mereka yang memerlukan untuk tampil memaklumkan kepada pihaknya atau mengemaskini maklumat di dalam aplikasi tersebut agar bantuan dapat disalurkan.

“Kepada mereka yang memerlukan bantuan Baitulmal kita ada aplikasi Jejak Asnaf bagi mereka yang memerlukan bantuan daftar (maklumat) dan hantar gambar kepada kami dan kami akan pergi ke tempat berkenaan.

“Kadang-kadang kami menerima gambar daripada masyarakat setempat atau hantar kepada saya menyatakan mereka ini perlukan bantuan.

“Saya akan segera mengarahkan Baitulmal di seluruh bahagian pergi ke lokasi bagi memastikan masyarakat Islam di sini menerima bantuan seadanya daripada MIS (Majlis Islam Sarawak) dan TBS (Tabung Baitulmal Sarawak),” jelas beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan