Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita di sini hari ini

Akta Orang-Orang Papa 1977 dikaji untuk dipinda – Nancy

ByNazirah Adlina

KUCHING, 23 Mac: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak kini mengkaji untuk meminda serta menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 bagi melihat secara keseluruhan keperluan gelendangan dan golongan papa.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kajian tersebut diperlukan untuk melihat sama ada pihaknya perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memenuhi keperluan golongan tersebut.

“Kalau untuk bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu belum ada. Cuma kita tengah mengkaji akta (Akta Orang-Orang Papa 1997) itu. Sama ada untuk meminda atau untuk menambah baik akta tersebut.

“Hal ini adalah untuk melihat sama ada dari segi keseluruhannya,dari sudut mereka, sama ada diperlukan KKM atau mana-mana pun setakat ini belum ada keputusan lah,” jelas beliau.

Beliau menambah penambahbaikan pindaan akta terbabit akan diumumkan pada September.

Jelas Nancy hal ini kerana antara cabaran terbesar bagi Desa Bina Diri (DBD) di Kuching adalah lebih ke arah pesakit mental.

Nancy menjelaskan, berbeza dengan keadaan penghuni DBD di Wilayah Persekutuan, kebanyakkannya merupakan dari golongan mencari pekerjaan atau bekerja, namun memerlukan tempat tinggal kerana pendapatan diberikan kepada ahli keluarga.

“Malah ada juga mereka memiliki gaji lumayan, dalam golongan profesional, bukan B40 tinggal di situ. Tetapi mereka memerlukan tempat untuk tidur, untuk mandi kerana duit itu digunakan untuk dihantar kepada keluarga,” kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu Program Rahmah Ramadan bersama Penghuni Desa Bina Diri Kuching, pada Sabtu.

Untuk rekod, DBD ditubuhkan bertujuan bagi memberi perlidungan, pemulihan serta jagaan kepada golongan gelendangan dan orang-orang papa dalam usaha untuk melahirkan individu yang produktif serta berkemahiran tinggi.

Setakat ini, seramai 61.1 peratus (24 orang) DBD Kuching daripada keseluruhan 37 penghuni di Sarawak dari pelbagai bahagian didapati dalam kalangan mereka yang menghidapi pesakit mental, mengikut Data DBD Kuching setakat 24 Mac 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan