Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie(dua kiri) menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM309,855 daripada Telekom Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Zalizan Hajemi di Ummah Distribution Centre di Medan Hamidah di sini, semalam. Foto: TVS

4,486 fakir dalam senarai TBS

KUCHING, 25 Mac: Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup dikategorikan sebagai fakir yang disenarai dalam sistem pangkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) setakat ini.

Pengurus Besarnya, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, ia berdasarkan siasatan yang dijalankan secara teliti sebelum mereka diletakkan dalam senarai berkenaan.

Jelasnya, kumpulan itu turut layak menerima bantuan Aidilfitri terutama penerima bantuan bulanan TBS.

“Bantuan Aidilfitri sebenarnya kita membantu mereka yang di dalam bantuan sara hidup kita memang mereka ini adalah dalam golongan fakir bukannya miskin.

“Fakir ini adalah mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kita jadi mereka di bawah bantuan sara hidup yang disalurkan setiap bulan dan mereka telah mendapat pemberian untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.

Ditanya sama ada bantuan TBS bertindih dengan bantuan yang diperuntukkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Shibli berkata, ia tidak berlaku percanggahan dalam menentukan kumpulan sasar.

“Tidak, apa yang kami ada (senarai penerima) ia adalah hasil siasatan kami sendiri, semua cawangan kita di seluruh Sarawak mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan sama ada seseorang itu fakir atau tidak.

“Dalam erti kata lain, kami yakin. Bahkan kebanyakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh badan korporat menggunakan senarai yang kami miliki kerana mereka yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan zakat perniagaan Telekom Malaysia dan penyerahan bantuan Ramadan di Ummah Distribution Centre di Medan Hamidah di sini, semalam.

Katanya, setakat ini seramai 4,486 orang telah disenaraikan dalam golongan fakir di seluruh Sarawak, proses pengkelasan memerlukan siasatan dan kajian teliti sebelum pengagihan dana dilakukan mengikut syariah dan piawaian yang ditetapkan.

Terdahulu, TBS menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM309,855 daripada Telekom Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Zalizan Hajemi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan