Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa mendengar taklimat mengenai VTMS di Pelabuhan Kuching. Foto: Febbright James (TVS)

Pelabuhan Senari guna VTMS menjelang Mei ini – Uggah

ByFebbright James

KUCHING, 24 Mac: Pelabuhan Senari akan dilengkapi Sistem Pengurusan Trafik Kapal (VTMS), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.Sistem yang dijangka siap pada Mei 2023 ini akan memudahkan pemantauan pergerakan kapal yang masuk ke pelabuhan tersebut.

“Projek VTMS ini menelan kos RM30 juta yang berfungsi untuk memantau pergerakan kapal yang tiba di pelabuhan. Melalui sistem ini kita boleh memantau kapal sejauh 40 kilometer dari laut.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Pembinaan ‘vehicle yard’ di Pelabuhan Senari perlu dipercepat – Uggah

“Ini memudahkan kita menguruskan kemasukan kapal dan melancarkan lagi pergerakan dan aktiviti di pelabuhan,” katanya semasa lawatan ke Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA) di sini, hari ini.

Untuk rekod, kerajaan telah memperuntukkan RM70 juta kepada KPA untuk meningkatkan lagi operasi merangkumi penggunaan kren dermaga, pemasangan VTMS yang bernilai RM30 juta dan tempat simpanan kenderaan (vehicle yard) yang bernilai RM50 juta.

Sarawak miliki fasiliti pengisian hidrogen

Semasa lawatannya ke Pelabuhan Senari, Uggah telah diberi taklimat mengenai VTMS dan memantau perkembangan pembinaan projek tempat simpanan kenderaan.

Selepas itu, Uggah telah mengadakan lawatan ke Jambatan Sejingkat-Samarahan untuk memantau kemajuannya memandangkan projek tersebut akan perlu disiapkan sebelum pembinaan tempat simpanan kenderaan di Pelabuhan Senari selesai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan