Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing meninjau tapak cadangan pusat hemodialisis di Jalan Tulai, Tulai Bintangor pada Khamis. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong.

Kerajaan rancang bina pusat hemodialisis di Meradong

BINTANGOR, 24 Mac: Pembinaan pusat hemodialisis pertama daerah Meradong merupakan salah satu keutamaan kerajaan dalam pelaksanaan projek rakyat di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya pesakit buah pinggang yang ketika ini terpaksa melakukan rawatan di Sarikei atau Sibu.

Sehubungan itu katanya, tapak bagi tujuan pembinaan pusat berkenaan juga sudah dikenal pasti.

“Dalam perancangan pembinaan pusat itu di Sungai Tulai, kita sudah menyediakan tapak. Pada masa yang sama, pemohonan untuk membinanya juga sudah diluluskan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berharap dengan adanya RADDA, perancangan untuk membina pusat ini akan menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kuong Hiing menjelaskan, pihaknya juga telah menyenaraikan beberapa projek lain dalam RADDA.

“Sebahagian besar projek berkenaan katanya, mempunyai kepentingannya yang tersendiri selain bakal mengubah wajah meradong dalam tempoh jangka panjang,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan