Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Resipi Aroma Sungkei Episod 1 menyajikan ambal masak kari dan bubur pulut hitam.

Aroma Sungkei – Episod 1 | Resipi ambal masak kari dan bubur pulut hitam

ByTVS

Aroma Sungkei Episod 1 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Khamis. 

Dua masakan yang dipertontonkan ialah ambal masak kari dan bubur pulut hitam. Nah, kami kongsikan resepi menyediakan dua hidangan berkenaan.

Selamat mencuba!

Ambal masak kari

Bahan-bahan:

500g Ambal

3 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

3 cm halia

2 batang serai

3 sudu besar serbuk kari ikan

1/2 sudu besar serbuk cili

1/2 cawan santan

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang putih, merah & halia dan tumis sehingga naik bau
  2. 2. Masukkan serbuk kari & serbuk cili dan ambal yang telah direbus
  3. 3. Tunggu selama 2 minit dan masukkan santan
  4. 4. Biarkan mendidih dan siap dihidang.
  5. 5. Sedia dihidang.

 

Bubur pulut hitam

350g pulut hitam

6 cawan air, untuk merebus pulut

1/2 cawan santan pekat

1/2 cawan santan cair

2 helai daun pandan

3 sudu cawan gula

5 sudu gula apong

1 sudu secukup rasa

Cara memasak:

  1. 1. Rendam pulut hitam sehari semalam dan rebus dengan 6 cawan air & daun pandan
  2. 2. Masukkan 5 sudu gula apong, 3 sudu gula dan secubit garam
  3. 3. Biarkan mendidih dan masukkan santan pekat satu cawan
  4. 4. Biarkan mendidih selama 2 minit & masukkan santan cair
  5. 5.Biarkan mendidih
  6. 6. Sedia dihidang

Nak tahu lebih banyak resipi lazat untuk berbuka? Saksikan episod Aroma Sungkei dihos oleh Orden Syam dan Sheera Abg Mansor!

Aroma Sungkei mula bersiaran pada 1 Ramadan setiap hari jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan