Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto TVS,.

Parlimen: KPWKM fokus laksanakan Akta Gangguan Seksual – Nancy

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan untuk melaksanakan Akta Gangguan Seksual pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu merupakan antara satu daripada empat fokus kementerian.

Kata beliau, selepas KPWKM menerima bajet yang diluluskan, perbincangan untuk menyelaraskan dan memuktamadkan garis panduan bagi melaksanakan akta berkenaan akan dilakukan.

“Sebenarnya Akta Gangguan Seksual ini telah diluluskan pada 2022 dan kita hanya perlu melaksanakannya.

“Namun begitu, kita perlu mempunyai garis panduan berkenaan apa yang kita lakukan, (jadi perlu ada) satu panduan yang agak teguh dan mantap untuk dilaksanakan,” katanya kepada TVS hari ini.

Nancy berkata demikian ketika ditanya mengenai fokus yang akan dilaksanakan oleh KPWKM pada tahun ini yang diterajui oleh beliau.

Sementara itu, Nancy berkata, kementerian juga memberi tumpuan kepada entiti khas berkaitan kanak-kanak.

Katanya, menerusi Belanjawan 2023, pihaknya mahu mengasingkan isu kanak – kanak dengan isu lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Oleh itu, kita perlu memperhalusi mekanismenya serta langkah – langkah seterusnya terutama sekali melibatkan kewangan termasuk sumber manusia yang perlu diselaraskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik peruntukan RM500 000 kepada Insititut Sosial Malaysia (ISM) dan dana RM1 juta kepada Tabung Kasih Rahmah Wanita akan digunakan untuk membantu golongan wanita yang memerlukan.

“Jadi kali ini, kita mempunyai peruntukan khusus untuk menangani perkara – perkara ini (wanita mangsa keganasan rumah tangga dan diabaikan keluarga).

“Selama ini tak ada, jadi ini antara perkara yang akan diberi tumpuan oleh kementerian pada tahun ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan