Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Bernama.

Parlimen: Kerjasama erat agensi persekutuan dan negeri mudahkan bantuan mangsa bencana

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kerjasama erat membabitkan agensi Kerajaan Persekutuan dengan agensi Kerajaan Sarawak perlu terus diperkukuhkan untuk manfaat rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini kerjasama berkenaan berjalan lancar termasuk oleh agensi di bawah kementerian yang diterajui oleh beliau.

“Dalam soal ini di Sarawak, sekiranya berlaku banjir, kita bekerjasama dengan agensi negeri termasuk menghantar makanan dan bantuan (kepada mangsa banjir),” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Nancy, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga bekerjasama dengan jabatan di Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak yang melibatkan kesihatan dan pemerkasaan remaja.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluaskan kerjasama dalam soal kebajikan di Sarawak.

“Menerusi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di peringkat negeri, mereka terlibat menguruskan aspek berkenaan termasuklah bantuan kebajikan, urusan gelandangan, warga emas serta mereka yang memerlukan rumah atau tempat perlindungan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan