Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memotong reben bagi merasmikan pembukaan Bazar Ramadan Taman Sukma di Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Hasidah mahu hanya makanan bersih dijual di bazar Ramadan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Mac: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mengingatkan para peniaga bazar Ramadan agar mengutamakan aspek kebersihan makanan.

Beliau mahu para peniaga sentiasa mematuhi aspek pengendalian makanan yang ditetapkan supaya makanan dan minuman dijual bersih dan selamat untuk dimakan.

Mengambil contoh pembukaan Bazar Ramadan Taman Sukma anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), beliau berkata ia dibuka untuk memudahkan masyarakat sekitarnya mendapatkan juadah berbuka puasa di sepanjang Ramadan.

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika merasmikan Bazar Ramadan Taman Sukma di Kuching, hari ini. Foto: TVS

“Ini merupakan bazar yang memang setiap tahun dianjurkan oleh DBKU untuk memudahkan masyarakat.

“Saya menyeru kepada peniaga-peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan makanan dan kalau boleh makanan perlu dibungkus mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

“Jangan hidang makanan berulang. Jaga kebersihan dan keselamatan para pembeli,“ katanya ketika ditemui semasa merasmikan Bazar Ramadan Taman Sukma di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah DBKU, Mohamed Khaider Abang.

Sharifah memberitahu, bahawa lokasi penganjuran bazar Ramadan itu adalah sesuai memandangkan pada hari pertamanya menerima sambutan menggalakkan.

Sementara itu, rata-rata peniaga yang ditemui meluahkan rasa syukur dan berpuas hati dengan sambutan yang diterima mereka hari ini.

Bagi peniaga mi goreng, Fauzi Jeman, Bazar Ramadan Taman Sukma merupakan lokasi strategik yang mampu menarik kehadiran ramai pengunjung.

“Sambutan di sini sangat baik yang mana ia dibantu dengan faktor tempat letak kenderaan yang disediakan di sini, “ ujarnya.

Turut senada, peniaga lauk campur, Halini Suhaili, menjangkakan Bazar Ramadan Taman Sukma akan terus menjadi tumpuan pengunjung seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Di sini memang tumpuan orang ramai kerana lokasinya yang strategik. Tempat lain saya tidak pasti, tetapi di sini memang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung,“ katanya.

Pada tahun ini, 50 gerai makanan dan minuman dibuka kepada orang ramai bermula hari ini hingga penghujung Ramadan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan