Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kandungan glukosa di dalam buah kurma dapat mengurangkan rasa lapar. Foto hiasan: Envato.

Buah kurma pilihan terbaik, pembekal tenaga ketika berpuasa

ByDayu Adruce

KUCHING, 23 Mac: Setiap kali Ramadan, buah kurma pasti menjadi pilihan pelengkap juadah bersahur dan berbuka.

Rasanya yang manis bukan hanya sedap dimakan, malah buah kurma juga mempunyai banyak khasiat.

Menurut Pegawai Perubatan Dr. Nadzirul Syafiq, buah kurma mengandungi kandungan kalori yang cukup sebagai sumber tenaga tubuh badan ketika menjalani ibadah puasa.

Justeru ujarnya, pengambilan buah kurma ketika bersahur amatlah digalakkan bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

“Pada bulan puasa, kebiasaannya tubuh badan kita akan menyerap kurang nutrisi di dalam badan disebabkan kita hanya makan ketika sahur dan berbuka sahaja.

“Jadi untuk mengekalkan sumber tenaga, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan berbuka puasa kerana buah kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang cukup sebagai sumber tenaga tubuh badan,” ujarnya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Tambahnya lagi, buah kurma juga mempunyai kandungan mineral tinggi yang membantu agar tidak cepat dahaga.

Selain itu, kandungan glukosa yang ada di dalam buah kurma dapat mengurangkan rasa lapar.

Jelasnya lagi, pengambilan buah kurma sepatutnya tidak diamalkan pada bulan puasa sahaja, tetapi juga pada bulan-bulan lain.

Bagaimanapun beliau menasihati supaya masyarakat tidak mengambil kurma secara berlebihan kerana tiga biji kurma dikira sebagai satu hidangan buah-buahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan