Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita kerugian lebih RM37,000 selepas terpengaruh dengan tipu-helah sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian. Foto fail: TVS

Wanita rugi lebih RM37 ribu diperdaya dalam pelaburan dalam talian

SIBU, 22 Mac: Terpengaruh dengan ‘mulut manis’ sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi dan pulangan modal telah menjerat seorang wanita sehingga kerugian lebih RM37,000 di sini.

Mangsa merupakan seorang wanita berusia 30-an ingin menyertai pelaburan setelah menekan satu pautan di laman sosial dan Telegram baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zukipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada 21 Mac.

“Kejadian bermula apabila mangsa menekan satu pautan di sebuah laman dan membuat pembayaran berjumlah RM37, 217 pada 8 hingga 20 Mac melalui tujuh transaksi ke lima akaun bank yang berbeza bertujuan untuk memperolehi mata ganjaran dan keuntungan 100 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, katanya mangsa kemudian diminta untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM41,447 bagi mendapatkan wang mangsa semula berserta bonus sebanyak RM273, 437.

“Curiga dan merasakan dirinya diperdaya, mangsa tampil membuat laporan polis pada Selasa,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan