Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan Datuk Len Talif Salleh pada sesi penyerahan Toyota Mirai di Kuching, hari ini. Foto. Faitullah Morni (TVS)

SEDC Energy serah tiga kereta hidrogen untuk kegunaan Timbalan Premier Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis penyerahan tiga unit kereta hidrogen jenama Toyota Mirai untuk kegunaan tiga Timbalan Premier Sarawak.

Pada majlis di pekarangan Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini, SEDC Energy Sdn Bhd menyerahkan kereta untuk kegunaan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

SEDC Energy dalam kenyataan berkata penyerahan ini sekali gus menandakan peristiwa penting bagi Sarawak dalam meneruskan mobiliti hijau dan inisiatif tenaga hijau.

Baca artikel berkaitan di sini : 

  1. 1. Abang Johari berharap Sarawak mampu menghasilkan hidrogen lebih murah

Penggunaan kenderaan itu menyediakan ruang kepada Sarawak untuk menilai dan membangunkan penyelesaian mampan jangka panjang, selain peluang untuk mengkaji potensi teknologi kenderaan FCEV bagi menyokong keperluan mobiliti semasa.

“Penambahan Toyota Mirai dalam barisan kepimpinan kerajaan Sarawak menunjukkan komitmen Premier dan Timbalan Premier mengotakan janji untuk merealisasikan peralihan ekonomi hijau negeri yang mampan menjelang 2030,” menurut kenyataan itu.

SEDC Energy Sdn Bhd ialah agensi yang berperanan untuk mewujudkan kesedaran serta mempromosikan penggunaan kenderaan tenaga hijau kepada orang ramai sebagai langkah ke arah pelepasan sifar bagi mengurangkan perubahan iklim.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Luar Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh dan pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan