Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Pentadbiran Baharu dan Naik Taraf Bangunan Akademik Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Sarawak fokus tingkat fasiliti pendidikan – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 Mac: Sekolah-sekolah yang disenaraikan dalam projek rakyat yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak akan menerima kemudahan kondusif seperti dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai fasiliti akan dibangunkan terutamanya di sekolah-sekolah dengan keperluan yang mendesak.

Baca artikel berkaitan > > > Kuasa lulus projek bawah RM50 juta diberikan kepada Sabah, Sarawak

“Antara projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak adalah termasuk projek SK Ulu Segan, SK Rakyat, SK Pulo dan SK Penasu”, katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Blok Pentadbiran Baharu dan Blok Akademik Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, semua projek pembangunan bernilai kurang daripada RM50 juta akan mula dikendalikan oleh Kerajaan Sarawak secara menyeluruh.

Bangunan baharu SK Merpati Jepang. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Segala projek yang akan dilaksanakan adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Sebenarnya pembinaan sekolah misalnya adalah tidak mahal iaitu sekitar RM10 juta atau RM15 juta termasuk pembangunan klinik kesihatan.

“Sekiranya peruntukan diberikan kepada kita, kita dapat melaksanakan projek tersebut mengikut prosedur yang ada kerana Kementerian Kewangan akan menilai semua tender.

Katanya, Kerajaan Sarawak perlu menjalankan tanggungjawab dalam menyediakan kemudahan infrastruktur terutamanya untuk rakyat di luar bandar sebagai sebuah kerajaan yang prihatin.

Bangunan blok pentadbiran dan akademik SK Merpati Jepang yang telah berwajah baharu

Abang Johari yakin dengan pelaksanaan itu semua projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan masih dalam perancangan akan dapat diselesaikan.

“Kita tidak dapat bergantung 100 peratus dengan Kerajaan Pusat. Kita perlu berusaha mencari dana sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan bersetuju supaya pelaksanaan mana-mana projek dengan kos di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak, diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan mematuhi peraturan kewangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan