Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai kunjungan hormat delegasi Kerajaan Sarawak bertemu Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof hari ini.

Sarawak dan Brunei bincang peluang kerjasama tingkat aktiviti sosioekonomi

ByRegina Lee

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai kunjungan hormat delegasi Kerajaan Sarawak bertemu Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof hari ini.

Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama antara negara Brunei Darussalam dan Sarawak bagi meningkatkan aktiviti sosioekonomi yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan adalah berkaitan Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Pesisir Utara, memudahcara pergerakan lintas sempadan dan kesediaan Kerajaan Sarawak untuk membantu mencapai 10 peratus sumber tenaga boleh diperbaharui kepada Brunei Darussalam.

Mesyuarat tersebut merupakan susulan dari pertemuan Sultan Hassanal Bolkiah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai delegasi Kerajaan Sarawak pada Februari lepas.

Hadir sama menyertai delegasi ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Kerajaaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Ngumbang.

Rombongan tersebut turut diiringi wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED), Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Regional Corridor Development Authority (RECODA) dan Sarawak Energy Berhad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan