Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Kamsani Nasir bergambar bersama penerima bantuan pada Program Penyerahan Sumbangan Pek Ramadan di Dewan Terbuka Sri Maimunah, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Pek Ramadan ringankan beban golongan kurang berkemampuan

KUCHING, 22 Mac: Sempena bulan Ramadan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan Ikram Malaysia dan Kedutaa China di Kuala Lumpur menganjurkan Program Pek Ramadan yang diagihkan kepada 100 buah keluarga daripada tiga buah kampung bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Kamsani Nasir berkata, bantuan yang diberikan adalah untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan membuat persediaan menyambut Ramadan.

“Kita akan memberikan bantuan barangan keperluan dalam menjalani ibadah puasa kepada masyarakat. Selepas ini , kita akan memberikan bantuan berbuka puasa dan bersahur yang dibuat dalam bentuk makanan yang akan di agihkan ke rumah-rumah yang terlibat hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Kamsani Nasir menyerahkan bantuan barang keperluan kepada salah seorang penduduk kampung. Foto: TVS

“Jadi kita berharap supaya mereka dapat merasakan nikmat untuk bangun sahur dan berpuasa pada siang hari serta berbuka puasa pada petang hari. Itu antara tujuan program kita pada hari ini,” katanya selepas Program Penyerahan Sumbangan Pek Ramadan di Dewan Terbuka Sri Maimunah di sini, hari ini.

Antara kampung yang dipilih untuk diagihkan barang bantuan adalah Kampung Sungai Periok, Kampung Jalan Mendu dan Kampung Sri Maimunah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Kamsani Nasir menyerahkan bantuan barang keperluan kepada salah seorang penduduk kampung. Foto: TVS

Sementara itu, bagi penerima sumbangan pula, rata-ratanya berasa amat bersyukur kerana dengan adanya sumbangan itu dapat meringankan beban mereka dari segi barang keperluan harian.

“Saya berterima kasih kepada yang memberi dan ini merupakan kali pertama saya menerima sumbangan. Saya bersyukur kerana barang keperluan agak mahal sekarang ini dan bantuan ini telah meringankan beban saya,” kata Dorris Assan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Kamsani Nasir bersama tetamu kehormat yang lain tiba di Program Penyerahan Sumbangan Pek Ramadan di Dewan Terbuka Sri Maimunah, Kuching, hari ini. Foto: TVS

“Bantuan yang diberikan memudahkan saya, lagi-lagi pada bulan Ramadan,” kata Khairul Anwar.

Sebelum ini, program tersebut telah dilaksanakan di beberapa buah negeri antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Turut hadir pada program tersebut, Menteri Kedutaan China, Tang Rui, Konsulat General China Bahagian Kuching, Xing Weiping, YDPN Pertubuhan Ikram Malaysia, Satria Arjuna Julaihi dan Pengurus Negeri, Yayasan Ikram Malaysia (Sarawak), Dr Sadiah Mohamad Ali.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan