Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas - Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Parlimen: Kerajaan tidak anjur program sentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Kerajaan Perpaduan yang membawa konsep Malaysia Madani tidak akan melaksanakan program yang dilihat bercanggah dengan nilai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas – Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, konsep Malaysia Madani merupakan inisiatif untuk membawa pembangunan kepada rakyat miskin tegar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Kata beliau, pengisian Malaysia Madani tidak akan diteruskan dengan program yang tidak sihat.

“Kerajaan tidak ada (menganjurkan) program seperti yang diperkatakan kerana kita (memahami) rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Perikatan Nasional – Pasir Mas) yang ingin tahu sama ada program pembukaan sebuah bar di ibu negara yang menjemput penari lelaki berpakaian wanita yang diiklan secara terbuka akan diteruskan pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Wilson Ugak menambah, walaupun konsep Malaysia Madani dilaksanakan kepada semua golongan lapisan rakyat, namun program seperti yang dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli tidak termasuk dalam senarai.

Terdahulu beliau menjelaskan, pengenalan Malaysia Madani merupakan langkah mengangkat semula martabat negara bangsa berteraskan prinsip kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia.

“Pada asasnya, kerangka Malaysia Madani dibina berdasarkan kepada analisis tematik manifesto setiap parti gabungan Kerajaan Perpaduan sewaktu program pemukiman anggota Jemaah Menteri yang berlangsung pada 15 Januari 2023,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Barisan Nasional – Parit Sulong). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan