Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Sri Baduyah Bujang bersama kakitangan Hospital Umum Sarawak (HUS) hadir sempena Program Derma Darah MAKSAK Sarawak 2023 yang berlangsung di Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, hari ini. Foto: TVS

MAKSAK Sarawak, HUS anjur Kempen Derma Darah, tingkat stok bekalan darah

ByMadeline Dugat

KUCHING, 22 Mac: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota (MAKSAK) dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) menganjurkan Program Kempen Derma Darah MAKSAK Sarawak 2023 sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka hari ini.

Setiausaha MAKSAK Bahagian Samarahan, Welson Malian berkata, penganjuran itu memberi peluang kepada ahli Exco MAKSAK Wanita Sarawak turun padang dan bertemu dengan penjawat awam wanita di bahagian dan membantu menyebar kebaikan dan maafaat menderma darah terutama sekali dalam kalangan penjawat awam Sarawak.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan stok bekalan darah di HUS dan ini juga merupakan program MAKSAK Negeri bersama dengan MAKSAK Bahagian sebagai salah satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada yang memerlukan seterusnya menggalakkan orang ramai untuk menderma darah.

“Setakat jam 10 pagi  terdapat 30 orang telah mendaftar untuk menderma darah, sasaran kita pada hari ini seramai 70 orang bersamaan 70 pain darah,” katanya selepas perasmian Program Derma Darah MAKSAK Sarawak 2023 yang diadakan di Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, hari ini.

Katanya, penganjuran program menderma darah juga bertepatan dengan tema ‘Setitik Darah Sejuta Harapan MAKSAK Sarawak’ untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Salah seorang penderma darah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Samarahan, Awang Firdaus berkata, menderma darah bukan sekadar membantu golongan memerlukan, malah manfaat kepada kesihatan diri.

“Ini kali ke-29 saya menderma darah kerana banyak memberi manfaat, jadi saya menggalakkan orang ramai datang menderma darah sebab dapat membantu menyelamatkan banyak nyawa,” katanya.

Sarina Salleh, 41, berkata, program itu wajar disokong orang ramai bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bagi Harrisan Linang, amalan menderma darah adalah perbuatan yang mulia demi menyelamatkan nyawa.

“Jika ada kesempatan luangkan masa untuk datang menderma sebab darah itu penting untuk semua. Tuhan sudah beri, kita kongsilah. Kita tidak tahu bila kita susah,” katanya.

Disamping itu, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Sri Baduyah Bujang diberi penghormatan untuk menyempurnakan simbolik perasmian program derma darah itu.

Sementara itu, Ikhlas MAKSAK Wanita Sarawak turut menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM10, 000 kepada Klinik Kesihatan Kota Samarahan sempena Ambang Ramadan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan