Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis penyerahan kereta hidrogen Toyota Mirai untuk kegunaan tiga Timbalan Premier Sarawak di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Datuk Len Talif Salleh (mewakili Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) dan Tan Sri Datuk Amar Aziz Husain. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Lima kereta hidrogen di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Mac: Sarawak merupakan negeri pertama yang menggunakan kereta elektrik sel fuel atau ‘fuel cell electric vehicle’ (FCEV) yang digerakkan menggunakan gas hidrogen.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain yang berkata demikian menambah, terdapat lima kereta hidrogen di Sarawak yang masing-masing sebuah untuk kegunaan SEDC dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tiga lagi untuk Timbalan Premier Sarawak.

“Sebenarnya kenderaan ini untuk Kerajaan Persekutuan tetapi di sana (Semenanjung Malaysia) tidak ada stesen hidrogen, jadi semuanya digunakan di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tiga kereta Toyota Mirai oleh SEDC Energy untuk kegunaan tiga Timbalan Premier Sarawak, di sini, hari ini. 

Majlis penyerahan kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (di wakili Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh) dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, diadakan di pekarangan Wisma Bapa Malaysia itu disaksikan Abang Johari.

Abdul Aziz berkata menteri-menteri Kabinet Sarawak yang lain akan turut menggunakan kereta hidrogen pada tahun depan sekiranya ada peruntukan sejajar dengan usaha untuk mempopularkan penggunaan kenderaan itu di Sarawak.

“Kita bukan sahaja memperkenalkan kenderaan hidrogen tetapi juga kenderaan elektrik (EV) seperti Tesla dan sebagainya serta akan dipopularkan kepada pengguna lain.

“Kerana Hyundai juga ada mengeluarkan kenderaan berkuasa hidrogen, mana tahu nanti Mercedes di Eropah juga akan mengeluarkan kenderaan sama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan