Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman dan Shahren Yusri pertunjukan fesyen koleksi Baju Melayu Bulan Bintang dan koleksi fesyen tudung dan skaf Juma’ani Pavilion di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Kerjasama Centexs dan Juma’ani Pavilion memperkasakan industri fesyen di Sarawak

KUCHING, 21 Mac: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) dan pusat sehenti fesyen, Juma’ani Pavilion bakal bekerjasama dalam membantu memperkasakan industri fesyen di Sarawak.

Pengurus Besar Centexs Commercial Shahren Yusri berkata menerusi kerjasama itu pereka tempatan berpeluang untuk menghasilkan rekaan yang kemudiannya dijual di butik Juma’ani Pavillion di sini.

Menurutnya, sehingga kini beberapa pereka tempatan telah menghasilkan koleksi rekaan dengan kerjasama Centexs.

“Matlamat kami menerusi kerjasama ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi untuk melihat rekaan rakyat Sarawak dipasarkan.

“Menerusi kerjasama ini jenama syarikat Juma’ani yang mempunyai kilang serta peralatan berperanan dalam membantu menghasilkan dan menjual rekaan tempatan di butik Juma’ani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pertunjukan fesyen koleksi Baju Melayu Bulan Bintang dan koleksi fesyen tudung dan skaf Juma’ani Pavilion hasil rekaan pereka Sarawak yang digayakan selebriti dan jelitawan TVS.

Hadir sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Centexs Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman.

Shahren berkata lagi, kerjasama itu juga akan membantu graduan Centexs serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Beliau turut berharap agar rakyat Sarawak dapat menolak persepsi mengenai butik Juma’ani Pavillion yang dianggap hanya untuk golongan berada.

“Di sini kita menyediakan pelbagai harga dari serendah RM50. Walaupun butik ini nampak gah tetapi kita menyediakan pakaian untuk semua kategori golongan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan