Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan menandatangani plak perasmian sempena Pra-Pelancaran Hari Usahawan Negara 2023 di Petaling Jaya, malam tadi. Foto: Bernama

Jadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya utama – Ahmad Maslan

ByBernama

PETALING JAYA, 22 Mac: Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata menerusi bidang berkenaan rakyat mudah memperoleh pendapatan tinggi dan dapat membantu membangunkan serta memajukan negara.

“Negara lain maju kerana rakyatnya ramai jadi usahawan. Semakin ramai usahawan di sesebuah negara lagi cepat negara itu maju,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Prapelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2023 di sini, malam tadi.

Ahmad berkata apa yang berlaku sekarang ada pemegang ijazah tetapi mendapat gaji taraf Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita nak rakyat Malaysia pilih usahawan sebagai kerjaya utama,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) dalam usaha untuk mewartakan Hari Usahawan Negara (HUN) sebagai acara rasmi di negara ini.

Beliau berkata cadangan itu akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat pertimbangan dan persetujuan kerajaan bagi mewartakan ketetapan tarikh sambutan HUN.

“Usaha DPUKM kini untuk HUN diiktiraf sebagai satu acara rasmi negara seperti  Hari Sukan Negara, Hari Belia, Hari Guru, Hari Pekerja dan sambutan rasmi hari-hari lain,” katanya.

HUN 2023 akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai ini di Dataran Putrajaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan