Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gembiria Bufet Balik Kampung sajikan lebih 15 hidangan tradisional di Old Court House bagi juadah berbuka puasa. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Gembiria Bufet saji makanan ala masakan kampung untuk juadah berbuka puasa

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Mac: Gembiria Bufet Balik Kampung menyajikan hidangan makanan berkonsepkan masakan ala kampung bagi juadah berbuka puasa di Old Court House.

Menurut Junior Sous Chef, Alfred Wong, penganjuran kali keempat itu adalah bertujuan bagi merangkul kebersamaan dan kebahagiaan bersama tetamu dengan juadah tempatan di seluruh Malaysia.

Bergedil antara sajian di Old Court House bagi juadah berbuka puasa. Foto: Muqri Aziz (TVS)

“Para tetamu dijemput untuk menikmati hidangan tradisional kami yang menampilkan lebih 15 pilihan menu makanan dan minuman, termasuk stesen barbeku Asado kami, hidangan makanan laut mentah serta juadah manisan seperti ABC dan kuih-muih.

“Ruang kami diserikan dengan suasana tropika bertemakan balik kampung di mana tetamu boleh merasai dan menjamu selera dalam suasana yang lebih intim dan nostalgia,” katanya ketika ditemui TVS.

Makanan laut antara menu di Gembiria Bufet Balik Kampung. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Katanya, kelainan pada edisi kali ini adalah mereka mengetengahkan hidangan bakar atau barbeku, nasi briyani serta Paella yang merupakan hidangan dari Sepanyol.

“Antara hidangan utama bagi bufet ini nanti adalah hidangan barbeku seperti kambing bakar dan ikan pari bakar, nasi briyani di mana kami akan hidangkan pada minggu ini adalah daging manakala minggu depan pula adalah ayam serta Paella.

“Saya tahu nanti mereka sangat sibuk bagi mereka yang berpuasa jadi saya mahu mereka datang ke sini dan menikmati juadah yang kami sediakan dengan suasana yang santai serta menenangkan,” ujarnya.

Bufet itu juga menyajikan hidangan tempatan seperti rojak. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Gembiria Bufet Balik Kampung akan membuka tirai pembukaannya pada 21 Mac dan kemudiannya akan dibuka pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan dari jam 6 petang hingga 10 malam dan orang ramai boleh mendapatkan harga istimewa melalui tempahan Early Bird dengan harga RM108 bagi dewasa sehingga 31 Mac ini.

Harga kembali normal bermula 1 April iaitu RM138 bagi dewasa, RM58 bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke atas serta percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Untuk maklumat lanjut serta tempahan, orang ramai boleh menghubungi Old Court House ditalian +6012-3588769 – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan