Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak. Foto TVS.

Penganjuran IEW ke-5 bukti komitmen Sarawak ke arah sifar karbon

ByFebbright James

KUCHING, 21 Mac: Sarawak mengutamakan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan hidroelektrik dalam usaha merealisasikan masa depan sifar karbon.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni memaklumkan usaha itu dibuktikan dengan penganjuran Persidangan dan Ekspo Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) ke-5 selepas tiga tahun terhenti akibat pandemik COVID-19.

“Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar ini merupakan acara tenaga terbesar di Borneo yang akan diadakan di Kuching pada 13 sehingga 15 Jun 2023. Seramai 200 peserta pameran dan 5,000 pengunjung dijangka hadir pada acara ini.

“Selepas tiga tahun tidak dianjurkan, IEW kali ini menawarkan peluang unik yang mengetengahkan kepentingan dan kelestarian alam sekitar yang bertemakan Peralihan Ke Arah Masa Depan Sifar Karbon. Selain itu, acara ini turut mengetengahkan inisiatif Sarawak dalam menerajui sumber tenaga yang mampan, di samping menjadi hab pengeluaran tenaga bersih sekali gus mengukuhkan kedudukan ekonomi,” katanya pada sidang media IEW ke-5 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Tambahnya, kementerian tersebut mensasarkan banyak pelabur dari luar negara untuk sektor tenaga menghadiri acara tersebut kelak.

‘Ekspo ini akan menarik banyak penggiat industri termasuk Shell Sarawak, Technip, JX Nippon Oil & Gas Exploration, Velesto Energy, PETRONAS, SEDC Energy, Sarawak Energy Berhad, Petroleum Sarawak (PETROS), Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Petra Energy, Huawei Technologies, Mubadala Energy dan banyak lagi.

“Ini akan menjadi pelaburan baru dari penggiat industri dari luar negara dan kita juga akan memiliki rangkaian hubungan untuk memadankan pemain industri berdasarkan sektor tenaga seperti elektrik, kuasa hidro, hidrogen, solar dan angin,” ujarnya.

Katanya, Sarawak kini sedang mendahului pembangunan tenaga ini berikutan adanya sumber yang banyak untuk dibangunkan.

Selain itu, turut diadakan serentak dengan ekspo itu ialah Tech Talks yang memaparkan pembentangan yang menyeluruh tentang teknologi dan inovasi baharu yang dibuka kepada semua pengunjung.

Pada hari kedua, acara itu dijangka akan menampilkan 20 penceramah dan ahli panel yang merangkumi tiga sesi panel untuk sesi Energy Leaders’ Roundtable, Sarawak Investment Roundtable, Indonesia Rountable yang memberi peluang kepada delegasi mendapat maklumat terkini berkaitan teknologi tenaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan