Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

Parlimen: Pencarum KWSP disaran pilih pembayaran Islam, faedah rendah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak membuat pinjaman bank menggunakan cagaran wang caruman boleh memilih kaedah pembayaran Islam yang tidak membebankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kos perkhidmatan minima akan dikenakan terhadap peminjam.

“Kita (kerajaan) tidak halang bukan Islam yang (mahu) memilih pinjaman mengikut kaedah pinjaman konvensional namun KWSP minta ahli – ahli menggunakan kaedah pinjaman Islam dengan faedah yang minima dan lebih rendah dari kadar pasaran,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional – Sungai Besar) yang ingin tahu kadar faedah yang dikenakan kepada pencarum yang layak untuk meminjam berdasarkan kaedah berkenaan.

Sementara itu, Anwar berkata, cadangan membenarkan pencarum KWSP membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman mereka tidak bercanggah dengan Seskyen 51, Akta KWSP.

Katanya, kerajaan telah merujuk kepada pihak KWSP dan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat undang-undang berkenaan perkara itu.

“Kepentingan peminjam juga dipelihara melalui kaedah berkenaan apabila dividen masih diteruskan KWSP walaupun diberikan cagaran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan