Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto Bernama.

Parlimen: Malaysia mulakan kajian penggunaan biodiesel sawit untuk enjin kereta – Fadillah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang bekerjasama dengan Universiti Tsinghua di China untuk menjalankan penyelidikan berkenaan kajian lapangan menggunakan biodiesel sawit dalam enjin kenderaan buatan China, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pada masa sama usaha berkaitan kajian makmal dan kebolehlaksanaan penghasilan biojet sawit sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF) juga dilaksanakan.

Kata beliau, MPOB juga bekerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan kajian percubaan enjin diesel dengan menggunakan adunan biodiesel B30.

“Pelaksanaan penggunaan biodiesel sawit merupakan langkah strategik kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi menggalakkan penggunaan minyak sawit dalam negara serta bertujuan untuk mengukuhkan dan menstabilkan harga minyak sawit bagi jangka masa panjang,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasioanl – Tanjung Piai) yang ingin tahu sama ada kementerian bersedia untuk menjalankan ujian penghasilan biobahan api berasaskan minyak kelapa sawit seperti yang dilakukan oleh Indonesia.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi turut memaklumkan, penggunaan biodiesel sawit turut mampu menyumbang kepada kemampanan dan meningkatkan imej industri sawit negara dalam melaksanakan amalan-amalan yang mesra alam.

“Di samping itu, langkah ini juga mengurangkan penggunaan bahan api berasaskan fosil sekaligus dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Terdahulu beliau memberitahu, Program Biodiesel Negara dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Program Biodiesel B5 yang merupakan adunan lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum untuk sektor pengangkutan darat pada 2011.

“Program ini kemudian diperluaskan kepada Program Biodiesel B7 dan dilaksanakan di seluruh negara pada 2014 dan diikuti dengan Program Biodiesel B10 pada 2019,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan