Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permandangan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Serian - Sri Aman yang dirakam dengan menggunakan drone.Foto Bernama.

Parlimen: Keselamatan pengguna Pan Borneo perlu diutamakan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kerajaan digesa supaya mengutamakan aspek keselamatan pengguna Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak berikutan peruntukan besar mencecah RM20 bilion untuk melaksanakan projek berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, beliau membangkitkan perkara itu memandangkan ketika ini wujud risiko yang ditanggung oleh pengguna termasuk penduduk sekitar LPB.

Dedahnya, di Sarawak majoriti pemandu bas ekspres pada kebiasaannya akan menurunkan penumpang di tepi jalan sekali gus mengundang risiko keselamatan.

“Selain itu, agar sukar bagi pengguna LPB terutamanya di kawasan kampung untuk melintas.

“(Lebih membimbangkan) semua kenderaan yang melalui lebuh raya bergerak laju, justeru itu saya memohon supaya lebih banyak jejantas dibina,” katanya kepada TVS hari ini.

Berkenaan pembinaan jejantas katanya, kemudahan itu wajar disediakan terutamanya di Engkelili.

“Di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkelili yang berdekatan dengan LPB, majoriti ibu bapa menghantar dan mengambil anak mereka menggunakan motosikal.

“Saya lihat berbahaya kerana kereta serta kenderaan lain yang laju termasuk di kawasan sekolah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar lebih banyak kawasan rehat dan rawat (R&R) dibina di jajaran berkenaan bagi membolehkan pengguna yang ke destinasi jauh untuk berehat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan