Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab. Foto TVS.

Parlimen: Kaji benarkan pengeluaran KWSP tanpa cagaran kepada bank – Tanjong Manis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berharap agar kerajaan mengkaji semula keputusan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan caruman mereka sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Yusuf berkata, beliau secara peribadi berharap sekiranya KWSP berkemampuan, kerajaan akan membenarkan golongan yang layak untuk mengeluarkan simpanan mereka.

Katanya, kerajaan juga boleh menetapkan syarat tertentu untuk membolehkan pengeluaran bersasar dilaksanakan.

“Jika buat pinjaman bank walaupun (menggunakan) cagaran KWSP, mungkin mereka (pencarum) akan menghadapi masalah untuk bayar malah (lebih merisaukan) akan merumitkan lagi keadaan sedangkan mereka memerlukan duit tanpa perlu bayar faedah kepada bank yang membebankan,” katanya kepada TVS.

Baca artikel berkaitan di sini:

  1. 1. Parlimen: Pencarum KWSP disaran pilih pembayaran Islam, faedah rendah
  2. 2. Cagaran wang caruman KWSP untuk buat pinjaman bank tidak bercanggah Akta KWSP – PM

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini bahawa cadangan membenarkan pencarum KWSP membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman mereka tidak bercanggah dengan Akta KWSP.

Anwar berkata, pencarum yang layak juga disaran memilih kaedah pembayaran Islam yang tidak membebankan.

Sementara itu, Yusuf berkata, beliau akur sekiranya kerajaan meneruskan cadangan pinjaman bank menggunakan cagaran KWSP namun faedah yang mungkin ditanggung peminjam perlu diberi perhatian.

“Setiap pinjaman sudah semestinya ada faedah yang perlu dibayar kepada bank.

“Memang benar duit simpanan kita di KWSP akan menerima dividen tetapi saya rasa faedah oleh bank serta bayaran lain mungkin lebih tinggi berbanding dividen diberikan oleh KWSP,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan