Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: 60 syarikat gergasi termasuk GLC diminta ‘tampung’ pembiayaan TVET

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Sebanyak 60 syarikat gergasi termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) diminta supaya membantu kerajaan menampung pembiayaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang akan dilakukan oleh syarikat – syarikat berkenaan termasuklah mengambil alih sebahagian program TVET dan membantu menyelenggara kemudahan pusat latihan.

Kata Anwar, beliau telah bertemu tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Kumpulan Al Bukhary bersetuju untuk membantu program TVET di Pekan, Pahang dan Proton di Tanjung Malim.

“Saya tidak ingat sepenuhnya (senarai syarikat) tetapi yang termasuk ialah Sunway (Kumpulan Sunway), Berjaya (Kumpulan Berjaya), syarikat timber, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM),” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Perikatan Nasional – Kubang Kerian) sama ada syarikat gergasi lain termasuk Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) diminta menyumbang 30 peratus kepada penoreh getah seperti permintaan kerajaan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau akan menyediakan senarai penuh syarikat – syarikat berkenaan sekiranya diperlukan oleh Tuan Ibrahim.

Sementara itu, Anwar berkata, pendekatan yang diambil oleh kerajaan itu secara langsung akan membantu melatih anak muda untuk meningkatkan kemahiran mereka.

“TVET latih anak muda kita yang majoriti Bumiputera Melayu untuk mendapat peluang pekerjaan dan gaji yang lebih tinggi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan