Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dan mereput di tepi Sungai Salak, Kuching, hari ini, diangkat ke dalam pikap polis untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat. Foto: IPD Kuching

Mayat lelaki ditemukan mereput di tepi sungai

KUCHING, 21 Mac: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dan mereput di tepi Sungai Salak di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Suprintendan Merbin Lisa berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung penemuan mayat itu pada jam 1.21 tengah hari.

“Hasil siasatan di tempat kejadian sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mendapati mayat tersebut merupakan seorang lelaki sudah dalam keadaan tidak sempurna dan mereput.

“Mayat juga disyaki telah meninggal dunia melebihi 72 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kita meminta individu yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh 72 jam yang lepas tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan mayat ini memandangkan kes masih dalam siasatan,” ujarnya.

Merbin berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan