Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto: Bernama.

Kerajaan bangun Malaysia Madani menerusi perpaduan dalam kepelbagaian – Aaron

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kerajaan telah menghasilkan kerangka membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian dengan fokus utama iaitu kebudayaan dan kemasyarakatan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program Kembara Perpaduan Malaysia Madani yang diperkenalkan di bawah Agenda Perpaduan Nasional dengan matlamat menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan Malaysia Madani.

Menurutnya, program tersebut memayungi tiga kluster program yang berpaksikan kepada objektif dan teras dasar perpaduan negara iaitu patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan, melalui penglibatan dan kerjasama semua pihak.

“Antara kluster program tersebut ialah Semarak Kenegaraan di mana ia merupakan program kenegaraan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara.

“Melalui program itu, ia dapat mengukuhkan lagi jati diri dan semangat cintakan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hasan Abdul Karim (Pakatan Harapan – Pasir Gudang) mengenai inisiatif yang diambil oleh kementerian yang bernama “Ini Malaysia Kita” yang berdasarkan prinsip-prinsip rukun negara, hari ini.

Selain itu, katanya program tersebut juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bersesuaian dgn konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

Kerajaan terap pembangunan Malaysia Madani

“Antara lain, komuniti rahmah pula merupakan program yang dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah khususnya dalam kawasan Rukun Tetangga.

“Ia bertujuan untuk menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dengan saling menghormati, mengasihi dan menghargai melalui penggemblengan tenaga semua pihak kami, agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan