Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Sarawak 2023. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Borneo Highlands Resort kini milik Kerajaan Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Mac: Pemilikan pusat pelancongan Borneo Highlands Resort kini adalah di bawah Kerajaan Sarawak sepenuhnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyelenggaraannya akan diuruskan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

“Sejumlah peruntukan telah diluluskan Kabinet bagi penyelenggaraan Borneo Highlands Resort ini. Kita juga telah memberikan amanah kepada MPP untuk menghidupkan semula tempat ini kerana terlalu lama terbiar,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, Kerajaan Sarawak juga mempunyai perancangan tersendiri untuk membangunkan semula kawasan peranginan itu.

Katanya, inisiatif itu mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan masyarakat setempat seperti di kawasan tanah tinggi lain termasuk Cameron Highlands dan Fraser’s Hill.

“Kawasan sekitar Borneo Highlands Resort ini sangat cantik dan hanya 30 hingga 40 minit dari pusat bandar, sudah tentu tidak akan ada masalah dari segi pemasaran.

“Komuniti sekitar seperti penduduk di kawasan Bengoh akan mendapat manfaat daripada pembangunan ini dengan kedatangan pelancong,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak memiliki 30 peratus ekuiti terhadap pusat pelancongan itu melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

Namun, usaha sama pembangunan Borneo Highlands Resort dengan sebuah syarikat tersenarai awam pada 2020 ditamatkan selepas gagal mematuhi kontrak yang telah ditandatangani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan