Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senior Assisten Komisioner (SAC), Lukas Aket mengangkat tabik hormat kepada salah seorang pegawai PDRM setelah menyampaikan anugerah integriti PDRM kontinjen Sarawak 2023 dan sijil penghargaan atas perkhidmatan cemerlang. Foto TVS.

Polis dan masyarakat saling memerlukan bagi bendung jenayah

KUCHING, 20 Mac: Polis dan masyarakat perlu terus saling membantu dalam usaha membendung jenayah sekali gus mensejahterakan negara selari dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPKK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, Senior Assisten Komisioner (SAC), Lukas Aket berkata, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinasihatkan agar terus beristiqamah dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bagi menjaga kemaslahatan agama, bangsa dan nusa tercinta.

“Bersempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis kali ini, saya mengajak seluruh warga PDRM untuk memperbaharui ikrar taat setia kepada Raja dan Negara, menjunjung Perlembagaan Undang-Undang, serta terus beristiqamah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, demi kemaslahatan agama, bangsa dan nusa tercinta.

Seterusnya, setiap pengorbanan yang dicurahkan dengan penuh kecintaan dan keikhlasan demi mendapatkan keredaan-Nya, telah dijanjikan ganjaran serta kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan,” katanya pada majlis perbarisan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di perkarangan Kawad IPK Sarawak di Kuching pada hari ini.

Beliau membaca perutusan Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada majlis itu.

Warga PDRM melakukan perbarisan pada majlis perbarisan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di pekarangan Kawad IPK Sarawak di Kuching hari ini. Foto TVS.

Katanya, sambutan Hari Polis kali ini agak istimewa di mana sambutannya diraikan lebih awal dari tarikh sebenar iaitu 25 Mac. 

“Kerjasama antara polis dan masyarakat perlu diperteguhkan lagi bagi melahirkan masyarakat bertanggungjawab ke arah matlamat mewujudkan sifar jenayah di negara ini.

“Justeru, konsep kepolisan masyarakat akan terus diperteguhkan bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab ke arah matlamat mewujudkan persekitaran sifar jenayah di negara ini,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah integriti PDRM kontinjen Sarawak 2023 dan sijil penghargaan kepada pegawai atas perkhidmatan yang cemerlang.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Negara Negeri Sarawak, Awang Afferoz Awang Marikan, Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sarawak, Abang Zulfikar Abang Raduan, Ketua Biro Sosial Perkep Kontinjen Sarawak, Lilin ak Gindip dan pesara-pesara PDRM.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan